Saturday, June 3, 2023

Separuh rasa

ku rasa separuhku sudah ada pada kamu
jangan di lepas saat semua sudah jadi milikmu
namun kita manusia yang boleh berubah dan hilang bila-bila saja
entah itu ketentuan kita atau juga semesta
aku berusaha tidak bergantung sepenuhnya kepadamu
namun selagi kamu masih berada di sisi ku
aku akan terus menjadikanmu bahagian yang paling layak untuk kamu terima




Pantai Tengah, Langkawi [20 Mei 2023]





Tuesday, August 18, 2015

Ayam Panggang Rosemary .


Haa .

Semalam aku masak ayam panggang rosemary .
Menjadi ke ? haha ofc la jadi . hahaha
mak aku kate sedap dan waktu lunch tu juga seekor ayam panggang rosemary dihabiskan . haa

Nak teaser ?

Haaaa tu tgh dalam oven . haha

Aku ambil resepi ni dari blog seorang blogger terkenal yang juga seorang doktor perubatan di negara kita . ahaa macam esei dah . haha
nah aku share resipi doktor ni :
buat sapa yang tak tahu apa itu rosemary :
sejenis herba

boleh didapati di pasaraya pasaraya seperti tf mungkin juga tesco .

AYAM PANGGANG ROSEMARY

UNTUK SATU EKOR AYAM .
Bahan A ( untuk digrind )
-1 sudu kecil rosemary
-1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-1 sudu kecil lada hitam 

Bahan B ( untuk masuk dalam blender )

-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-2 inci halia
-4 sudu kecil madu
-4 sudu kecil minyak zaitun
-4 sudu kecil gula
-4 sudu kecil perasa pati ayam 
-garam secukupnya
-sedikit serbuk kunyit untuk memberi sedikit warna 
-sedikit air nak mudahkan proses blend

Cara-cara :

-Grind bahan A
-Blend bahan B
-Campur kan kedua-duanya
-Lumurkan pada ayam (biar kena semua bahagian ayam)
-Then marinate selama 4 jam or lagi lama lagi sedap , isi dalam peti . kalau tak pun tutup je . (nak tambah kentang dan lobak pon boleh , marinate je sekali )
-Lepas dah marinate , isi dalam bekas la yang boleh bawak masuk oven (boleh pakai casserole juga)
-Masukkan dalam oven 180 degree selama 1 jam 30 minit (kalau tak puas hati lagi tambah la masa dekat oven tu )


ni setelah diperap selama 4 jam .




Dah siap boleh la hidang pada keluarga . boleh dimakan dengan nasi juga . ahaha . nak umpp lagi makan dengan sos lada hitam !

Tengok hasilnya !












Ni nak simpan seminggu pon boleh . Nak makan panaskan aje !

Selesai ayam panggang rosemary ni!
Assalamualaikum.















Sunday, August 16, 2015

So , i decided to cook nasi lemak bujang + senang !

Haa . hari isnin haritu aku duduk rumah sesorang .

Lepastu aku pergi peti tengok bahan apa yang ada .
Santan ada , halia ada , cili kering pon ada , ikan bilis ada . 
buat nasi goreng ? hmm bosan ah .

ha . then try to make nasi lemak cuba jaya . haha
but in the end ofc la berjaya .

bagi teaser sikit.. hahaha

haaaa . amacam ? meleleh ?


so lets start with the recipe :

Untuk nasi lemak :

-3 cup nasi (dibasuh dan dibiarkan selama 20 minit)
-2 inci halia dihiris 
-2 cawan santan (aku pakai yang segera je)
-3 cawan air 
-garam secukup rasa
-2 helai daun pandan

cara cara :
-Selepas beras dibiarkan 20 minit , basuh seperti biasa .
-Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan 
-Masukkan halia yang telah dihiris 
-Masukkan daun pandan (diikat)
-Kacau hingga sebati dan biarkan di dalam periuk sehingga masak .
-Apabila nasi siap dimasak it may look like macam lembik tapi ambik sudip kau kacau sikit nasi tu dan biarkan penutup periuk tu dibuka .
-dan hasilnya akan menjadi nasi lemak macam biasalah haha

Untuk sambal ikan bilis pula :

-aku ambil dua genggam ikan bilis
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih 
-gula
-garam 
-sedikit belacan
-cili kering direndam dalam air panas (aku ambil dua genggam juga )

Cara-cara :
-Setelah cili kering siap direndam , kisar kan cili kering di dalam mesin pengisar (masukkan air sedikit)
-Cili kering dimasukkan dalam mangkuk
-Kisar pula bawang merah dan bawang putih 
-Masukkan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis
-masukkan bawang yang telah dikisar 
-masak sehingga naik bau gitu la 
-masukkan pula cili kering yang telah dikisar 
-masukkan ikan bilis
-masukkan 3 atau 4 sudu gula dan garam secukup rasa (garam sedikit sahaja , sebab ikan bilis dah masin)
-masukkan sedikit belacan
-dan kacau sambal itu sehingga masak lahh !

memandangkan kacang yang mak aku goreng beberapa minggu lepas masih ada lagi , maka aku guna sahaja kacang tu . haa

potong timun , letak sahaja dalam pinggan . dan rebus telur masukkan juga di dalam pinggan . 

Nampaknya , orang bujang juga mampu untuk memasak nasi lemak . haha
Bolehla mana mana yang sedang menuntut di universiti menyahut cabaran ahmad maslan . bukan sahaja maggi yang boleh dimasak , nasi lemak pon boleh ! haha lame lame o_0









Bila mak aku balik dari sekolah, mak aku rasa nasi lemak aku , mak aku kata sedap !

Kira pass la kan ?! Hahahahahhaha