Sunday, August 16, 2015

So , i decided to cook nasi lemak bujang + senang !

Haa . hari isnin haritu aku duduk rumah sesorang .

Lepastu aku pergi peti tengok bahan apa yang ada .
Santan ada , halia ada , cili kering pon ada , ikan bilis ada . 
buat nasi goreng ? hmm bosan ah .

ha . then try to make nasi lemak cuba jaya . haha
but in the end ofc la berjaya .

bagi teaser sikit.. hahaha

haaaa . amacam ? meleleh ?


so lets start with the recipe :

Untuk nasi lemak :

-3 cup nasi (dibasuh dan dibiarkan selama 20 minit)
-2 inci halia dihiris 
-2 cawan santan (aku pakai yang segera je)
-3 cawan air 
-garam secukup rasa
-2 helai daun pandan

cara cara :
-Selepas beras dibiarkan 20 minit , basuh seperti biasa .
-Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan 
-Masukkan halia yang telah dihiris 
-Masukkan daun pandan (diikat)
-Kacau hingga sebati dan biarkan di dalam periuk sehingga masak .
-Apabila nasi siap dimasak it may look like macam lembik tapi ambik sudip kau kacau sikit nasi tu dan biarkan penutup periuk tu dibuka .
-dan hasilnya akan menjadi nasi lemak macam biasalah haha

Untuk sambal ikan bilis pula :

-aku ambil dua genggam ikan bilis
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih 
-gula
-garam 
-sedikit belacan
-cili kering direndam dalam air panas (aku ambil dua genggam juga )

Cara-cara :
-Setelah cili kering siap direndam , kisar kan cili kering di dalam mesin pengisar (masukkan air sedikit)
-Cili kering dimasukkan dalam mangkuk
-Kisar pula bawang merah dan bawang putih 
-Masukkan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis
-masukkan bawang yang telah dikisar 
-masak sehingga naik bau gitu la 
-masukkan pula cili kering yang telah dikisar 
-masukkan ikan bilis
-masukkan 3 atau 4 sudu gula dan garam secukup rasa (garam sedikit sahaja , sebab ikan bilis dah masin)
-masukkan sedikit belacan
-dan kacau sambal itu sehingga masak lahh !

memandangkan kacang yang mak aku goreng beberapa minggu lepas masih ada lagi , maka aku guna sahaja kacang tu . haa

potong timun , letak sahaja dalam pinggan . dan rebus telur masukkan juga di dalam pinggan . 

Nampaknya , orang bujang juga mampu untuk memasak nasi lemak . haha
Bolehla mana mana yang sedang menuntut di universiti menyahut cabaran ahmad maslan . bukan sahaja maggi yang boleh dimasak , nasi lemak pon boleh ! haha lame lame o_0









Bila mak aku balik dari sekolah, mak aku rasa nasi lemak aku , mak aku kata sedap !

Kira pass la kan ?! Hahahahahhaha









No comments:

Post a Comment