Tuesday, August 18, 2015

Ayam Panggang Rosemary .


Haa .

Semalam aku masak ayam panggang rosemary .
Menjadi ke ? haha ofc la jadi . hahaha
mak aku kate sedap dan waktu lunch tu juga seekor ayam panggang rosemary dihabiskan . haa

Nak teaser ?

Haaaa tu tgh dalam oven . haha

Aku ambil resepi ni dari blog seorang blogger terkenal yang juga seorang doktor perubatan di negara kita . ahaa macam esei dah . haha
nah aku share resipi doktor ni :
buat sapa yang tak tahu apa itu rosemary :
sejenis herba

boleh didapati di pasaraya pasaraya seperti tf mungkin juga tesco .

AYAM PANGGANG ROSEMARY

UNTUK SATU EKOR AYAM .
Bahan A ( untuk digrind )
-1 sudu kecil rosemary
-1 sudu kecil jintan manis
-1 sudu kecil jintan putih
-1 sudu kecil lada hitam 

Bahan B ( untuk masuk dalam blender )

-1 biji bawang besar
-5 ulas bawang putih
-2 inci halia
-4 sudu kecil madu
-4 sudu kecil minyak zaitun
-4 sudu kecil gula
-4 sudu kecil perasa pati ayam 
-garam secukupnya
-sedikit serbuk kunyit untuk memberi sedikit warna 
-sedikit air nak mudahkan proses blend

Cara-cara :

-Grind bahan A
-Blend bahan B
-Campur kan kedua-duanya
-Lumurkan pada ayam (biar kena semua bahagian ayam)
-Then marinate selama 4 jam or lagi lama lagi sedap , isi dalam peti . kalau tak pun tutup je . (nak tambah kentang dan lobak pon boleh , marinate je sekali )
-Lepas dah marinate , isi dalam bekas la yang boleh bawak masuk oven (boleh pakai casserole juga)
-Masukkan dalam oven 180 degree selama 1 jam 30 minit (kalau tak puas hati lagi tambah la masa dekat oven tu )


ni setelah diperap selama 4 jam .




Dah siap boleh la hidang pada keluarga . boleh dimakan dengan nasi juga . ahaha . nak umpp lagi makan dengan sos lada hitam !

Tengok hasilnya !












Ni nak simpan seminggu pon boleh . Nak makan panaskan aje !

Selesai ayam panggang rosemary ni!
Assalamualaikum.















Sunday, August 16, 2015

So , i decided to cook nasi lemak bujang + senang !

Haa . hari isnin haritu aku duduk rumah sesorang .

Lepastu aku pergi peti tengok bahan apa yang ada .
Santan ada , halia ada , cili kering pon ada , ikan bilis ada . 
buat nasi goreng ? hmm bosan ah .

ha . then try to make nasi lemak cuba jaya . haha
but in the end ofc la berjaya .

bagi teaser sikit.. hahaha

haaaa . amacam ? meleleh ?


so lets start with the recipe :

Untuk nasi lemak :

-3 cup nasi (dibasuh dan dibiarkan selama 20 minit)
-2 inci halia dihiris 
-2 cawan santan (aku pakai yang segera je)
-3 cawan air 
-garam secukup rasa
-2 helai daun pandan

cara cara :
-Selepas beras dibiarkan 20 minit , basuh seperti biasa .
-Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan 
-Masukkan halia yang telah dihiris 
-Masukkan daun pandan (diikat)
-Kacau hingga sebati dan biarkan di dalam periuk sehingga masak .
-Apabila nasi siap dimasak it may look like macam lembik tapi ambik sudip kau kacau sikit nasi tu dan biarkan penutup periuk tu dibuka .
-dan hasilnya akan menjadi nasi lemak macam biasalah haha

Untuk sambal ikan bilis pula :

-aku ambil dua genggam ikan bilis
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih 
-gula
-garam 
-sedikit belacan
-cili kering direndam dalam air panas (aku ambil dua genggam juga )

Cara-cara :
-Setelah cili kering siap direndam , kisar kan cili kering di dalam mesin pengisar (masukkan air sedikit)
-Cili kering dimasukkan dalam mangkuk
-Kisar pula bawang merah dan bawang putih 
-Masukkan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis
-masukkan bawang yang telah dikisar 
-masak sehingga naik bau gitu la 
-masukkan pula cili kering yang telah dikisar 
-masukkan ikan bilis
-masukkan 3 atau 4 sudu gula dan garam secukup rasa (garam sedikit sahaja , sebab ikan bilis dah masin)
-masukkan sedikit belacan
-dan kacau sambal itu sehingga masak lahh !

memandangkan kacang yang mak aku goreng beberapa minggu lepas masih ada lagi , maka aku guna sahaja kacang tu . haa

potong timun , letak sahaja dalam pinggan . dan rebus telur masukkan juga di dalam pinggan . 

Nampaknya , orang bujang juga mampu untuk memasak nasi lemak . haha
Bolehla mana mana yang sedang menuntut di universiti menyahut cabaran ahmad maslan . bukan sahaja maggi yang boleh dimasak , nasi lemak pon boleh ! haha lame lame o_0









Bila mak aku balik dari sekolah, mak aku rasa nasi lemak aku , mak aku kata sedap !

Kira pass la kan ?! Hahahahahhaha









Saturday, August 8, 2015

Resipi Nutella Oreo Cheese cake




Haa .

Dah resipi kedua pula . Fyi, nama ni memang cake . but believe me it looks more like ice cream acah acah baskin robbin sikit dan it is no bake cheesecake .

Kali ni kita acah acah mat salleh sikit .
Ye la sejak kene sound dengan ucop , "cuba la buat perkara berfaedah sikit duk umah " hahahhahahahhahaha
Aku terus membuat keputusan untuk membeli bahan bahan di kedai bahan kek dengan bantuan kewangan oleh kakak aku wakaka. gigih ko tau aku beli springform pan haa . haha

Okay la , kita lanje satu gambar dulu.

haaa . amacam ? hahah semangat kot aku bangun awal harini sebab nak bukak kek ni haha

so , kita terus masuk resipi lah kan ..

Nutella Oreo Cheesecake (springform 24cm)

Bahan bahan :

3 paket oreo vanilla 
3/4 buttercup,melted
16 oz cream cheese (kire 2 packet cream cheese la, aku pakai brand emborg)
2 teaspoon of lemon juice
500 ml of heavy whipping cream jenama anchor
1 cup of sugar 
Nutella

ni jenama bahan bahan yang aku beli 


Prosedur :

For the crust (1st layer)

-first sekali , aku tumbuk dulu  1 ½ paket biskut oreo tu tanpa die punye cream (maksud aku buang krim tu dulu ) pakai batu lesung je . kira campuran melayu mat salleh sikit la . haha then , masukkan crumbs oreo tu dalam mangkuk .
-then , aku cairkan 3/4 buttercup
-selepas dah cair , aku tuang je dalam mangkuk yang berisi crumbs oreo tu dan gaul hingga sebati .
-then , press into the bottom of a springform pan tu dan masukkan dalam peti selama 30 minit .

Macamni :
butter yang dicairkan .


oreo crumbs (dibuang krim ye)


first layer .

Nampak macam tar kan , takpe . Rasa dia tak macam tar pon . Tapi tak tau lar kalau tar rase macam oreo haha.

For the next step ,

-Beat 2 packet of cream cheese dan isikan 2 sudu teh perahan lemon (kalau nak acah mat salleh lagi , kau siat kulit lemon menggantikan perahan lemon , tu namanya acah acah anna olson )
-selepas sebati cream cheese dan perahan lemon tu masukkan pula 500ml of heavy whipping cream
-pukul adunan tadi , sambil memukul sambil juga isi secawan gula secara gradually okay .
-then isikan dua sudu vanilla extract dan terus memukul sehingga korang nampak adunan tu dah naik ataupun until it is stiff .
-selepas dah thick and stiff , asingkan into two equal portion satu untuk second layer which is perasa oreo vanilla , and third layer which is perasa nutella. (asingkan dua bekas ye).


For second layer :

-Kau potong la dalam 8 oreo biscuit tu (cut into 4)
-Dah siap potong masukkan dalam first portion kau .
-gaul-gaul hingga sebati . jangan pecahkan oreo tu .
-then masukkan dalam springform pan tu atas the oreo crumbs as a second layer .
-then masukkan dalam peti dalam 15 minit . (peti atas ye)
-sementara tunggu tu kau buat la second portion kau . haa

For third layer :

-Ambil second portion kau tu , dan ambil nutella .
-Masukkan 4 sudu nutella dalam second portion tu .
-Lepastu aku pukul lagi pakai mixer bagi naik sikit lagi kan dan bagi ianya sebati.
-then , rasa la sikit . haha . kalau kau rase nak coklat lebih sikit lagi isi la sikit lagi .
-selepas second layer kau tu dah duduk dalam peti 15 minit , kau keluarkan dan masukkan pula second portion kau ni yang berperisa nutella as a third layer .
-lepas tu ratakan la sikit atas dia tu bagi lawa sikit .(aku pakai sushi punya alat untuk ratakan haha )
-then masukkan dalam peti overnight . peti atas ye .

dan setelah overnight kau keluarkan dari peti dan boleh potong dan dihidang untuk kucing kau makan ! haa takdelah , hidang untuk keluarga la . ahaha . kalau korang nak meriah sikit , letak lah potongan strawberry ke kat atas cake tu . hihi

maka itulah resipi baru haku . walaupun aku belajar dari youtube , tapi aku tak ikot sepenuhnya resipi youtube . haha














Amacam ? Menggiurkan ? haaa cepat la ambil kunci kereta pergi beli bahan ! hahaha . sekejap je buat ni .

Baiklah kalau ada pertanyaan . Just pm me dekat facebook : Raja Amir .
Kalau banyak sangat pilihan , pilih yang paling comel ! Haha 

Baiklah sampai disini sahaja . Semoga kita ketemu lagi di post yang akan datang . Assalamualaikum .











Thursday, August 6, 2015

Resepi Nasi Goreng Tomyam yang super sedap untuk bujang terlajak laris !

Assalamualaikum

Haa harini aku nak share sikit resipi nasi goreng tomyam yang aku masak pagi tadi . Aku pun tak sangka boleh sesedap lebaran . haaa

okay jom kita tengok bagaimana aku buat nasi goreng tomyam yang sedap ni . memang rase tomyam betul menusuk kalbu die punya rasa dan bau .

Bahan-bahan untuk ditumbuk dan menumis:

Bahan A (ditumbuk)

4 ulas bawang putih
2 biji bawang kecil
4 batang cili
1 batang lada besar
1+ setengah kiub tomyam maggi
sedikit belacan
P/s : setelah ditumbuk perahkan sedikit lemon

Bahan B
1 sudu sos tiram Nona
1 sudu sos cili jenama Life
Sebelah ayam (nak tambah pun takpe )
lobak dipotong dadu ataupun macam lidi pencungkil gigi tu haha
1 kiub ayam
3 helai daun limau purut

Bahan C

4 cup nasi yang sudah dimasak (lagi sejuk lagi sedap hihi)

Cara cara nya :

-Panaskan sedikit minyak
-Masuk kan bahan A ke dalam kuali sehingga naik bau
-Kemudian masukkan pula bahan B  mengikut urutan
-Tunggu sehingga ayam masak baru masukkan sawi
-Setelah ayam siap dimasak , masukkan nasi .
-Jika terlalu pedas , masukkan garam dan gaul nasi sehingga sebati .


baiklah . itu sahaja resipi pertama yang aku tulis dalam blog hahahha

bukan sebab ni masakan aku yg paling sedap pernah buat . tapi terasa ingin share hahaha kbye . senang je . untuk budak kecik pon boleh makan . sebab rase die tak pedas pon . mungkin lepas ni aku share resipi lain pula . assalamualaikum :)

dan hasilnya ... tadaaaa


(mungkin nampak selekeh tapi serius sedap)

p/s : mungkin lepas ni aku akan share resipi no bake oreo cheesecake ataupun eggless oreo icecream from ucop ahahahhahahahah :)